Pembaca Sasaran Rancangan Perniagaan.
Memahami sasaran pembaca rancangan perniagaan adalah penting. Ini bertujuan untuk memastikan rancangan perniagaan yang disediakan dapat meyakinkan pembaca yang disasarkan. Pembaca sasaran merujuk kepada pihak yang akan menggunakan rancangan perniagaan berkenaan untuk tujuan-tujuan khusus. Antara pihak yang disasarkan adalah seperti berikut:
1.Usahawan
Pembaca atau pengguna utama rancangan perniagaan ialah usahawan. Sebagai pengusaha atau pemilik perniagaan usahawan perlu mengetahui selok-belok projek yang bakal dilaksanakan dengan terperinci. Oleh itu, penyediaan rancangan perniagaan dapat membantu usahawan merancang dan membuat keputusan dengan lebih berkesan. Di samping itu usahawan juga dapat menilai daya maju projek dari aspek pemasaran, pentadbiran, operasi dan kewangan.
2. Pelabur
Usahawan mungkin memerlukan pihak lain untuk melabur dalam projek yang dirancang. Pihak-pihak tertentu seperti pemodal teroka atau pelabur persendirian perlu diyakinkan agar mereka berminat untuk berkongsi keuntungan dengan membuat pelaburan dalam perniagaan tersebut. Lazimnya mereka meneliti rancangan perniagaan untuk menilai sama ada perniagaan tersebut mampu memberi pulangan yang baik terhadap pelaburan yang bakal dibuat.
3. Bank
Bank dan institusi kewangan lain merupakan pihak yang boleh membantu usahawan memperoleh pembiayaan bagi melaksanakan projek perniagaan yang dirancang. Sebagai pembiaya, bank dan institusi kewangan memerlukan maklumat berhubung kedudukan kewangan perniagaan dari aspek kecairan wang tunai dan keuntungan perniagaan. Kecairan tunai dan keuntungan dapat memastikan kelangsungan perniagaan dan kemampuan perniagaan untuk membayar balik pinjaman yang dipohon. Oleh itu, pihak bank dan institusi kewangan perlu meneliti dan menilai rancangan perniagaan untuk memastikan perniagaan yang dirancang berdaya maju dan berkemampuan untuk membayar balik pinjaman.
4.Pembekal Kredit
Lazimnya, agak sukar bagi sebuah perniagaan baru untuk mendapatkan kemudahan bekalan bahan secara kredit daripada pembekal. Bagaimanapun, terdapat pembekal yang bersedia untuk menawarkan kemudahan ini jika usahawan dapat meyakinkan mereka tentang kemampuannya untuk membayar balik hutang dalam tempoh yang ditetapkan. Oleh itu, rancangan perniagaan dapat membantu usahawan meyakinkan pembekal mengenai kemampuan perniagaan untuk membayar balik hutang tersebut.
SESUAI UNTUK:
- Bakal-bakal usahawan
- Usahawan IKS
- Mereka yang ingin membesarkan projek
Bakal-bakal Pesara , Para pelajar perdagangan dan pengajian perniagaan ,Semua individu yang berminat
JADI, APA TUNGGU LAGI..BERTINDAKLAH SEKARANG!!!

JANGAN BIARKAN KEKUSUTAN DI MINDA ANDA...DAPATKAN E-BOOK KERTAS KERJA KAMI DENGAN HANYA RM10.00 untuk satu jenis rancangan perniagaan
No comments:
Post a Comment